fbpx

Polis berkas 68 remaja sertai parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menyerbu parti dadah di sebuah rumah di Bang Phra, pagi semalam. - Foto The Pattaya News

BANGKOK  –  Polis Thailand menyerbu parti dadah yang diadakan di sebuah rumah di Bang Phra, daerah Sri Racha dalam wilayah Chonburi pagi semalam, lapor portal berita The Pattaya News.

Dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat awam, seramai 68 remaja terdiri daripada 39 lelaki dan 29 perempuan didapati berada dalam parti tersebut.

Ketika pasukan polis tiba, mereka mendapati terdapat tanda-tanda penggunaan dadah dan alkohol  dalam kalangan remaja terbabit.

Pihak berkuasa menghentikan parti tersebut selain melakukan pemeriksaan dan menemui pelbagai jenis dadah terlarang termasuk ekstasi, methamphetamine serta ketamin.

Selain itu, beberapa individu juga didapati membawa senjata api.

Siasatan mendedahkan bahawa kumpulan belia itu berasal dari pelbagai lokasi di Chonburi termasuk daerah Mueang, Sri Racha dan Pattaya.

Kesemua 68 individu itu ditahan polis dan perlu menjalani ujian air kencing sebagai sebahagian daripada prosiding undang-undang.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI