fbpx

Sewa barang pinjam kepada orang lain tidak sah – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan menyewakan barangan pinjam kepada orang lain adalah tidak dibenarkan dan tidak sah.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia kerana perbuatan itu tidak menepati salah satu syarat akad sewaan yang mana pemberi sewa mestilah memiliki manfaat barang yang ingin disewakan.

Katanya, seorang peminjam barang hanya memiliki hak untuk menggunakan barang tersebut khusus untuk dirinya sahaja.

“Dia tidak memiliki manfaat barang dan tidak mempunyai hak untuk melakukan transaksi lain ke atas barang itu atau membenarkan orang lain menggunakannya,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, ujarnya, sekiranya peminjam telah pun melakukan akad sewaan tersebut, maka individu itu wajib meminta keizinan daripada pemilik barang.

“Pemilik kemudian perlu memutuskan sama ada dia ingin mengambil keuntungan itu untuk dirinya, menghalalkannya kepada peminjam atau memulangkan kembali bayaran sewaan itu.

“Hal ini kerana hanya pemilik barang sahaja yang berhak melakukan transaksi ke atas barang tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI