fbpx

[VIDEO] Penganjur mohon maaf, penonton ‘berkinja’ bukan pada malam Nisfu Syaaban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video permohonan maaf daripada penganjur konsert kontroversi di Taman Jubli Emas, Alor Setar malam semalam.

ALOR SETAR – Penganjur Choii Underground Music Tour Kedah 2.0 memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana menganjurkan konsert tersebut pada malam semalam.

Menerusi video di akaun TikTok farisazrii, pengasas kepada satu jenama pakaian itu mengakui kesilapannya dengan menyifatkannya sebagai satu kesalahan yang besar.

“Hari ini saya buat satu kesilapan dan saya mohon maaf kepada Kerajaan Negeri Kedah yang benarkan kita jalankan program di sini tetapi kita melanggar apa yang tidak sepatutnya kita buat di bumi Kedah,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan program kedua diadakan dengan konsert selepas Pulau Pinang.

“Saya betul-betul minta maaf kerana saya terlepas pandang malam kejadian malam Nisfu Syaaban.

“Walaupun kita dah buat selawat, ada yang cakap kita buat tiga minit sahaja tetapi kita buat hampir sejam juga, baru jalankan konsert. Kita percaya kalau kita tak buat selawat orang ‘tembak’, kalau kita buat selawat pun orang akan ‘tembak’.

“Sebab orang tidak boleh terima kita buat konsert di sini. Jadi, saya nak jelaskan bahawa apa yang saya buat di sini tidak terlibat dengan mana-mana badan kerajaan. Itu saya akui memang kesalahan datang daripada kami, saya minta maaf kepada Kerajaan Negeri Kedah,” ujarnya.

Dia juga menjelaskan bahawa perbuatan anak muda melompat dan terkinja-kinja bukan berlaku pada malam Nisfu Syaaban, sebaliknya pada malam Jumaat.

“Mengenai isu yang terkinja-kinja dan melompat itu pun saya minta maaf sebab saya bawa hip hop ke bumi Kedah, itu pun kesalahan saya tetapi yang hip hop dan budak-budak muda terlompat-lompat itu pada hari Jumaat, bukan Sabtu.

“Namun, kita tengok video melompat yang viral itu dikatakan pada malam Nisfu Syaaban, itu tidak sama sekali kerana yang lompat itu pada hari Jumaat,” jelasnya.

Tambahnya, program itu akan diadakan di Terengganu selepas ini dan tiada sebarang konsert diadakan, melainkan malam berselawat, ceramah dan tazkirah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan penganjuran Choii Underground Music Tour Kedah 2.0 yang mencetuskan kontroversi kerana melibatkan kelakuan terkinja-kinja anak muda di Taman Jubli Emas, sini malam semalam tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kerajaan negeri tidak pernah menerusi mana-mana agensi di bawah pentadbirannya memberi permit atau kelulusan untuk konsert itu diadakan. – KOSMO! ONLINE

@rie.rie51 #fyp #bukamulotmohong ♬ original sound – Rie Rie

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI