fbpx

Lelaki Singapura diberkas tinggal lebih masa sejak 2011

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA imigresen melakukan pemeriksaan ke atas salah seorang warga asing dalam Ops Bersama yang dijalankan di sekitar Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Tindakkan seorang lelaki warga Singapura tinggal lebih masa di negara ini sejak 2011 berakhir apabila dia antara lima warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Bersama yang dijalankan semalam.

Pengarah JIm Johor, Baharuddin Tahir berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Jalan Wadihana di sini.

Menurutnya, lelaki itu ditahan bersama seorang lelaki Bangladesh.

“Tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan membina struktur kedai di atas rizab awam tanpa kebenaran dan kewujudan warga asing di Jalan Wadihana, Johor Bahru.

“Hasil pemeriksaan operasi tersebut mendapati seorang lelaki warga Singapura berusia 34 tahun telah tinggal lebih masa sejak 2011. Turut ditahan di lokasi sama seorang lelaki warga Bangladesh kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam operasi di sekitar Pasir Gudang pula, JIM telah menahan dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Pakistan kerana tidak memiliki
sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Beliau berkata, kesemua mereka dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Mereka turut melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Ujarnya, sebanyak satu notis untuk hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI