fbpx

100 sukarelawan YBR bantu bersih, ceriakan Zoo Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sukarelawan YBR yang terlibat pada program membersihkan kawasan sekitar Zoo Melaka semalam.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Peduli Waghih Negeri Sembilan menganjurkan program membersihkan kawasan Zoo Melaka semalam.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program khidmat bakti siswa di bawah Program Community Heroes YBR itu melibatkan seramai 100 sukarelawan terdiri daripada pelajar tajaan yayasan tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah kerja-kerja pembersihan dan menceriakan kawasan zoo demi keselesaan pengunjung yang datang ke pusat berkenaan.

Aktiviti lain yang dilakukan adalah memberikan makanan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.

“Inisiatif yang dijalankan ini memberi peluang kepada golongan belia untuk membina ilmu baharu, membangunkan jati diri serta membantu pembangunan dan kebajikan masyarakat.

“Program ini bukan sahaja dapat melahirkan generasi belia yang prihatin dan penyayang, tetapi berupaya bertindak sebagai penebat atau pendinding kepada golongan remaja daripada terjebak dalam gejala negatif yang mampu menjejaskan keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata, program itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial YBR melalui perkembangan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup manusia dan alam sekitar.

“YBR percaya usaha kelestarian ini dapat membantu mewujudkan ekosistem yang mampan untuk generasi muda, serta memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan belia,”tambahnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI