fbpx

Meerqeen penat tepis gosip cinta dengan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEERQEEN

KUALA LUMPUR – Sering dikaitkan bercinta dengan mana-mana wanita yang rapat dengannya, pelakon Syukri Yahaya mengakui penat dengan segala spekulasi tentang perkara tersebut.

Meerqeen atau nama lengkapnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, berkata, rasa penat tersebut terpaksa dialami kerana terlalu kerap namanya terpalit dengan gosip cinta tidak berasas.

“Ya penat. Sebenarnya saya letih nak beri penjelasan sebenarnya sehingga sampai satu tahap, tak mahu beri lagi jelaskan apa-apa.

“Saya rasa orang memang suka ‘satukan’ saya dengan semua orang. Dulu memang rimas tetapi lama-kelamaan sudah rasa terbiasa.

“Setiap kali saya rapat dengan artis wanita, pasti akan ada gosip timbul,” katanya kepada HibGlam selepas malam kemuncak Anugerah Telenovela di sini, malam tadi.

Disoal tentang hubungan rapat dengan dengan adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan, Meerqeen berkali-kali menegaskan mereka hanya berkawan.

“Hakikatnya, saya dan Ameera berkawan sejak saya 2018 yang ketika itu berada di Tingkatan 5. Kami memang kawan, tidak lebih daripada itu.

“Dia seorang yang sahabat yang penyayang dan sangat mengambil berat terhadap kawan-kawannya,”ujarnya.

Dalam pada itu, Meerqeen yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu bersyukur keluarganya sangat memahami dan menerima segala gosip cinta yang sering terpalit pada diri.

“Keluarga okey dan tak bertanya pun sebab mereka terima sahaja saya berkawan dengan sesiapa selagi individu itu menunjukkan sikap yang baik,” katanya lagi.

Sebelum ini, bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 pernah digosipkan dengan pelakon, Anna Jobling dan aktres dari Indonesia, Caitlin Halderman.

Pada Anugerah Telenovela yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi turut menyaksikan Meerqeen dinobatkan sebagai Bintang Telenovela serta Pelakon Lelaki Popular menerusi drama rantaian popular, Melur Untuk Firdaus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI