fbpx

[VIDEO] Alya Iman nafi hisap dadah, ‘sleep disorder’ sejak kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Alya Iman menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dirinya terlibat dengan aktiviti pengambilan bahan terlarang seperti dadah.

KUALA LUMPUR – “Saya ada masalah tidur atau ‘sleeping disorder’ bukannya sebab ambil barang terlarang.”

Demikian penegasan Alya Iman yang mengakui mengalami masalah ‘tidur mati’ iaitu sukar untuk dikejut atau tersedar sekali gus menafikan perkara tersebut berlaku disebabkan pengambilan bahan terlarang seperti dadah.

Menurut Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, 22, masalah tersebut sudah dialaminya sejak kecil bahkan lebih teruk apabila rumahnya pernah ‘digegar’ oleh anggota bomba kerana ‘tidur mati’.

“Saya memang mempunyai ‘sleeping disorder’ tetapi tidak kerap atau disengajakan. Saya tegaskan, memang tidak mengambil sebarang bahan terlarang.

“Kalau saya sengaja, tidaklah sampai pihak bomba pernah datang rumah. Saya memang sedang tidur dan bila orang ketuk pintu berulang kali pun tetap tak sedar, mungkin disebabkan faktor penat juga,” katanya kepada HibGlam selepas malam kemuncak Anugerah Telenovela edisi kesembilan di sini, semalam.

Dalam pada itu, , Alya yang juga anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha berkata masalah tidur itu adalah perkara biasa yang dilaluinya sejak kecil.

“Sebelum ini memang ada kes pihak bomba datang rumah mahu pecahkan pintu rumah sebab saya tidur dan tak sedar apabila dikejut.

“Sebenarnya perkara begini pernah terjadi sejak arwah babah masih ada. Waktu kecil dulu saya ‘sleep walking’ sehinggakan saya boleh bangun dan tengok bola dengan babah tapi saya tak sedar tetapi sekarang saya sudah tidak begitu,” katanya lagi.

Pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan itu berkata, masalah tersebut juga tidak terlepas daripada dihujani dengan kecaman susulan perkongsian mengenai masalah tidur tersebut sebelum ini namun dia menerima semuanya dengan berlapang dada.

“Saya perasan pelbagai spekulasi yang muncul dalam media sosial bila saya berkongsi hal berkenaan tetap saya okey sahaja bila orang nak cakap sedemikian sebab kita manusia memang suka mengutuk atau buat spekulasi.

“Okey sahaja dengan perkara itu sebab saya juga manusia biasa seperti orang lain yang suka buat spekulasi ditambah pula saya sebagai artis adalah selebriti, jadi memang kena terima sahaja,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, pengurusnya juga menyimpan kunci tambahan rumahnya bagi memastikan kejadian ‘tidur mati’ itu tidak berulang selain memberitahu tidak mengambil sebarang rawatan bagi menangani masalah tersebut.

“Masalah tidur ini tidak kerap berlaku pun dan syukur pihak produksi memahami. Kalau gagal hubungi saya, mereka akan mencari pengurus sebab dia ada kunci tambahan,” kongsinya.

Terdahulu, masalah tidur tersebut mendapat perhatian ramai selepas dia berkongsi mengenainya dalam temu bual bersama sebuah program televisyen baru-baru ini.

Kongsi Alya, rumahnya baru-baru ini didatangi anggota bomba untuk membantu membuka pintu selepas menerima aduan daripada pihak pengurusan kawasan perumahannya kerana tidak dapat dihubungi dan dibimbangi berlaku kejadian tidak diingini seperti meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI