fbpx

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (kanan) berkenan menerima zakat perniagaan dari enam buah syarikat di Istana Kinta di Ipoh hari ini. - Foto IHSAN MAIPK

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM2,537,234.15 dalam satu majlis penyerahan zakat perniagaan dari enam buah syarikat korporat di Istana Kinta di sini hari ini.

Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Wan Maizura Wan Zahari berkata, penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Solan Derani dengan bayaran berjumlah RM190,000.

Seterusnya, beliau memberitahu, ia disusuli oleh Felcra Berhad Wilayah Perak yang diwakili oleh Pengurus Besar Wilayahnya, Yusoff Razali dengan jumlah RM714,234.15.

“Selain itu, Ladang Moccis Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM250,000.

“Seterusnya Millenia Aqua Services Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Hang Tuah Din dengan bayaran berjumlah RM163,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Maizura berkata, turut menunaikan zakat perniagaan ialah Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengurus Besarnya, Ir. Saiful Azzuan Aznam dengan jumlah RM820,000.

Beliau berkata, Royal College of Medicine Perak yang diwakili oleh Ketua Eksekutif dan Ketua Kampus, Hissamuddin Omar turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM400,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI