fbpx

Semak kesahihan pelaburan dengan ‘investment checker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) membangunkan platform ‘investment checker’ selepas sejumlah 14,448 kes penipuan pelaburan direkodkan sejak lima tahun lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah kes itu telah melibatkan kerugian lebih RM1.34 billion dicatatkan sepanjang tahun 2019 hingga 2023.

“Dalam usaha menangani peningkatan jenayah ini, satu perbincangan antara JSJK dan SC telah diadakan di pejabat JSJK Bukit Aman.

“Melalui perbincangan bersama delegasi SC yang diketuai oleh Pengarah Penguatkuasaannya, Budiman Lutfi Mohamed, satu kesepakatan telah dicapai bahawa satu mekanisma perlu diwujudkan bagi membolehkan masyarakat membuat semakan kesahihan sesuatu tawaran pelaburan.

“Untuk itu, SC telah pun membangunkan ‘investment checker’ yang boleh diakses melalui https://www.sc.com.my/investment-checker ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, platform berkenaan dilihat dapat membantu masyarakat untuk membuat semakan kesahihan sesebuah syarikat pelaburan.

“Kedua-dua agensi juga bersetuju untuk terus memberikan komitmen dalam membanteras jenayah penipuan pelaburan melalui kerjasama dari sudut perkongsian maklumat, kepakaran, siasatan dan operasi.

“Kita yakin kerjasama ini akan memacu perubahan yang lebih berkesan dalam pembanterasan kes penipuan pelaburan di negara ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI