fbpx

Isu Maula: Jauhi sikap taasub – Mohd. Naim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maula dikatakan warga Maghribi didakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad.

PETALING JAYA – Semua pihak diingatkan supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub ekoran isu seorang lelaki dikatakan warga Maghribi yang didakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, semua pihak diseru untuk sentiasa berpegang kepada neraca ilmu serta fakta.

“Ketaasuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat.

“Sikap taasub akan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Na’im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam khususnya Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan dalam sebuah akhbar tempatan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan yang tertentu.

“Semua pihak adalah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada JAIN berkaitan apa-apa urusan berkaitan pentauliahan mana-mana pendakwah agar setiap perkara yang disampaikan selari dengan ajaran Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI