fbpx

K2

Sumbang kasut sekolah kepada pelajar B40, miskin bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa murid teruja mengenakan kasut sekolah baharu yang disumbangkan Abaro menggantikan yang lama.

BAGI keluarga yang kurang berkemampuan, penyediaan barangan keperluan asas kepada pelajar sekolah sememangnya menelan belanja yang besar.

Barangan seperti kasut, beg sekolah, buku dan alat tulis maerupakan antara kelengkapan asas yang diperlukan sebelum sesi persekolahan bermula.

Justeru, bagi meringankan beban yang dihadapi ibu bapa, beberapa pihak tampil memberikan pelbagai sumbangan kelengkapan sekolah.
Ini termasuklah dalam kalangan pengeluar kasut sendiri.

Itulah yang dilakukan Abaro, satu jenama kasut tempatan, menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) jangka panjangnya dengan menyumbangkan kasut sekolah kepada pelajar yang kurang bernasib baik.

Abaro baru-baru ini telah menyumbang 152 pasang kasut sekolah baharu berserta stoking kepada pelajar B40 di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Gurney 2 Kuala Lumpur.

Sehingga kini, jumlah kasut yang didermakan menerusi inisiatif yang dimulakan sejak 2016 itu sudah pun berjumlah 200,000 pasang.

Jenama kasut tersebut percaya bahawa kanak-kanak tidak sewajarnya ke sekolah tanpa mengenakan sepasang kasut yang bersesuaian dan selesa.

Ketua Pegawai Operasi Abaro, Kevin Soh berkata, pihaknya berharap agar kasut sekolah itu akan membantu para pelajar yang kurang bernasib baik ini untuk melangkah ke tahun akademik baharu dengan lebih bersemangat.

“Pendidikan merupakan langkah pertama dan paling asas dalam pembangunan peribadi kanak-kanak.

“Ia membuka pelbagai peluang dalam kehidupan dan kami di Abaro memperjuangkan kesaksamaan dan akses dalam pendidikan, selain percaya bahawa memiliki sepasang kasut sekolah adalah keperluan asas yang sama pentingnya dengan akses pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 200,000 pasang kasut sekolah telah disumbangkan Abaro kepada murid-murid yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini, sumbangan kasut sekolah diberikan kepada murid sekolah SK Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur.

Kevin menambah, sumbangan tersebut merupakan satu bentuk pelaburan asas pihak Abaro yang akan diteruskan bagi menjamin kesejahteraan generasi masa depan.

“Melalui pelbagai kerjasama strategik, Abaro secara kolektif telah menyumbangkan 200,000 pasang kasut sekolah kepada pelajar kurang bernasib baik sejak 2016,” kongsinya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Gurney 2, Ts. Dr. Bazilah A. Talip amat berterima kasih dengan syarikat itu kerana menyediakan keperluan asas buat pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

“Kami menyedari bahawa kadar kemiskinan bandar di sekolah ini adalah tinggi.

“Kebanyakan pelajar ini hanya memiliki satu pasang kasut sekolah untuk tempoh setahun dan apabila dipakai setiap hari, kasut sekolah mereka cepat rosak dan haus.

“Justeru, kami amat berterima kasih kepada Abaro yang bermurah hati menyediakan kasut kepada pelajar-pelajar ini yang bukan sahaja berfungsi untuk melindungi kaki mereka, tetapi turut menambahkan lagi semangat mereka untuk ke sekolah,” katanya.

Abaro dalam pada itu berhasrat untuk menjadi pemangkin kepada impak perubahan dengan memberikan bantuan kepada sebanyak mungkin pelajar kurang bernasib baik melalui kempen Kembali ke Sekolah Abaro yang berlangsung dari 17 Disember 2023 hingga 17 Mac 2024.

Bagi setiap pembelian kasut sekolah Abaro juga, RM1 akan disumbangkan sebagai dana untuk pembelian kasut dan bekalan sekolah bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI