fbpx

Kerajaan terus pertahan perlembagaan termasuk Perkara 153

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap bagi merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Kewangan Islam Ke-15 di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia, di sini hari ini. Foto FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan pimpinannya tetap kukuh mempertahankan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri itu berkata, ia termasuk Perkara 153 yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.

“Kita pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk Perkara 153,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 di Sasana Kijang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab berhubung cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim untuk meneliti semula isu sensitif berkaitan kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan pribumi Sabah serta Sarawak.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu menggesa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang bakal diadakan untuk meneliti jika kedudukan istimewa bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

Hassan juga mempersoalkan jika dasar afirmastif sebenarnya telah “dirampas dan dimanipulasi” segelintir golongan elit bumiputera. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI