fbpx

Puteri Sarah nafi keluarga mentua belikan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH menafikan ada pemberian berupa rumah bertanah daripada mentuanya.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah menepis dakwaan rumah baharu yang dibelinya merupakan pemberian daripada keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan rumah itu dibeli dengan duit hasil titik peluhnya sendiri.

“Kenapa pula bekas mentua nak belikan saya rumah? Mereka sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi.

“Saya beli dengan duit sendiri. Saya kerja, ada duit sendiri kenapa hendak harapkan orang.

“Siapa yang gosip itu? Tak baik ya, sebab saya penat kerja siang malam, tidur tak cukup, makan tak kenyang dan mandi tidak basah,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Sementara itu, Sarah yang merupakan pelakon drama Suri Hati juga memberitahu dia juga sedang mencari kediaman bertanah (landed) yang berdekatan dengan rumah keluarganya.

“Sekarang saya duduk di kondominum tapi dalam masa sama nak cari rumah ‘landed’ , yang mempunyai pengawal keselamatan dan berpagar.

“Saya pindah ke rumah yang leibh besar, selesa. Ada rezeki lebih sikit dan memang nak bahagiakan anak anak.

“Saya hendak mencari rumah yang dekat dengan kediaman ibu saya sebab kadang kala pergi balik lambat dan ibu yang selalu tolong ambil dan hantar anak-anak ke sekolah,” ujarnya.

Sarah sebelum ini disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof pada 13 Jun tahun lalu.

Meskipun sudah berpisah, hubungannya dengan keluarga mentua masih kekal baik sehingga hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI