fbpx

Penganggur belajar proses dadah dari tahanan dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Usuf ketika sidang akhbar tangkapan dan rampasan dadah di IPK Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kegiatan seorang penganggur yang menjadikan apartment yang disewanya di Tanjung Tokong di sini, sebagai makmal haram memproses dadah tumpas selepas dia ditahan di parkir kediaman itu, Sabtu lalu.

Selain penahanan suspek lelaki berusia 48 tahun itu, polis turut merampas 98 bungkusan plastik dadah jenis heroin seberat 13.72 kilogram, 22 plastik dadah jenis syabu seberat 600 gram yang kesemuanya bernilai RM125,000.

Suspek yang baharu sahaja keluar dari penjara pada September tahun lalu dipercayai mempelajari cara-cara memproses dadah itu daripada rakannya ketika menjalani hukuman selama enam tahun.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik melancarkan operasi terancang di sekitar Tanjong Tokong dan menjalankan tiga serbuan dan menahan suspek berkenaan, antara pukul 7 pagi hingga 11 malam.

“Suspek ditahan ketika berada di parkir apartment di Tanjong Tokong dan susulan penahanan suspek polis memeriksa motosikal milik suspek dan menemui sejumlah dadah yang disimpan di situ.

”Kemudian polis menyerbu unit kediaman suspek di apartment tersebut sekali gus menemui dadah jenis syabu, kafein, bahan kimia serta peralatan memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI