fbpx

Pemandu selamat Mercedes-Benz terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran kereta jenis Mercedes-Benz di Jalan Laguna, Kampung Pulau Tiga di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pemandu sempat menyelamatkan diri selepas menyedari kereta jenis Mercedes-Benz dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Laguna, Kampung Pulau Tiga, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.24 tengah hari tadi.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran melibatkan sebuah kereta Mercedes-Benz yang terbakar hampir 80 peratus. Tindakan memadamkan kebakaran dilakukan dan operasi tamat pada pukul 1.04 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mangsa dilaporkan selamat apabila sempat keluar dari kereta sebelum kebakaran merebak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI