fbpx

Masalah hutang dipercayai punca pengayuh beca kelar tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN beca milik seorang lelaki yang cuba membunuh diri di kawasan Bulatan Kancil Bangunan Merah di Banda Hilir, Melaka.

MELAKA – Masalah hutang dipercayai menjadi punca seorang pengayuh beca cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya di kawasan Bulatan Kancil Bangunan Merah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 59 tahun cedera di pergelangan tangan dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian seorang lelaki cuba membunuh diri kira-kira pukul 11 pagi.

“Seorang pengayuh beca dipercayai cuba membunuh diri di Bangunan Merah kawasan Bulatan Kancil. Mangsa telah di bawa oleh rakan pengayuh beca ke Hospital Melaka dan dimasukkan ke Zon Kuning untuk menerima rawatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI