fbpx

EPL: Arsenal pamer karakter sang juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD (kanan) terus menjadi nadi kejayaan Arsenal apabila meledak satu gol membelasah Burnley di Turf Moor kelmarin. – AFP

BURNLEY – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menjulang sema­ngat juang tinggi dan karakter barisan pemainnya selepas sekali lagi berpesta gol dengan kali ini membelasah Burnley 5-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor kelmarin.

Kecemerlangan semasa dipamerkan The Gunners menyaksikan pendahulu, Liverpool kini tidak senang duduk apabila hanya dibezakan dua mata selepas mengharungi 25 perlawanan setakat ini.

Arsenal menunjukkan kehebatan sejak kembali dari kem latihan musim sejuk di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bulan lalu dengan keputusan-keputusan menakjubkan menyaksikan mereka merakam kemenangan kelima berturut-turut.

Ia bermula dengan kejayaan membelasah Crystal Palace 5-0, 2-1 Nottingham Forest, 3-1 Liverpool dan 6-0 West Ham United.

Tanpa berselindung, Arteta mengakui amat gembira dengan keseluruhan prestasi ditampilkan barisan pemainnya yang menunjukkan sikap tidak berputus asa dan terus memburu jari­ngan meskipun sedang mendahului dengan lima gol.

“Sangat gembira dengan ­prestasi, hasil dan sumbangan setiap pemain. Ini adalah fakta menggambarkan keinginan pa­sukan untuk memburu lebih ­banyak jaringan.

“Mereka mahu sentiasa mendominasi perlawanan sekerap yang boleh. Mereka melancarkan asakan dan cuba memenangi setiap bola. Hasilnya anda dapat lihat menerusi lima jaringan pada hari ini (kelmarin).

“Sekarang kami tinggalkan EPL sekejap dan memberi fokus kepada aksi seterusnya menentang Porto (pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara),” katanya.

Lima gol Arsenal dalam aksi itu diperoleh menerusi dua ja­ringan Bukayo Saka dan masing-masing satu daripada Martin Odegaard, Leandro Trossard ­serta Kai Havertz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI