fbpx

Ahmad Zahid terima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan dari Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan oleh Shibaura Institute of Technology di Jepun.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan oleh Shibaura Institute of Technology di Jepun hari ini.

Penganugerahan itu adalah penghargaan atas usaha berterusan beliau bagi memastikan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus menjadi platform meningkatkan kemahiran pelajar serta pengukuhan jalinan kerjasama industri.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) berkata, pengiktirafan bermakna itu memberikan beliau dan seluruh pasukan di bawah MTVET motivasi dan inspirasi untuk berusaha lebih kuat dalam menjadikan program serta ekosistem TVET Malaysia lebih berkualiti dan berdaya saing.

“Saya juga percaya pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini penting sebagai asas jaminan bahawa TVET bukan lagi pilihan kelas kedua, malah menjadikannya pilihan kerjaya utama.

“Malah, ia menjaminkan gaji premium serta lumayan sekali gus dapat mengubah persepsi masyarakat dalam memartabatkan TVET di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sempena lawatan beliau ke Jepun, Ahmad Zahid mengadakan beberapa pertemuan yang memberi fokus kepada pemerkasaan TVET bagi menjadi pemacu utama melahirkan tenaga mahir tempatan serta menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpaksikan modal insan berkemahiran.

“Saya juga telah mengadakan lawatan ke Institut Teknologi Nasional, Kolej Tokyo (Tokyo KOSEN) bagi mempelajari Model KOSEN yang wajar dicontohi.

“Model KOSEN ini menekankan konsep pembelajaran TVET yang lebih menyeluruh dan terangkum yang mana ia menyediakan laluan pembelajaran selama lima tahun kepada pelajar yang cenderung memilih bidang TVET seawal usia 15 tahun,” katanya.

Beliau turut mengadakan perjumpaan dengan Pertubuhan Kemajuan Industri, Kerohanian dan Budaya (OISCA) Antarabangsa sebagai sebahagian rangka lawatannya di Jepun sebelum dilantik sebagai Presiden OISCA Antarabangsa (Malaysia). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI