fbpx

‘Pekerja cuti, terpaksa pandu lori tanpa lesen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ Selangor, IPD Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat melakukan operasi di Jalan Banting -Dengkil, Olak Lempit semalam.

KUALA LANGAT – Ganti pekerja bercuti antara alasan rata-rata pemandu lori yang ditahan kerana tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) di Jalan Banting-Dengkil, Olak Lempit di sini, semalam.

Kesalahan itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi operasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, bermula pukul 9 pagi.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, sebanyak 163 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi khas bersepadu tersebut.

“Kesalahan itu antaranya tiada lesen memandu dan GDL, lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran.

“Pelbagai alasan diberikan pemandu antaranya terpaksa memandu tanpa lesen kerana menggantikan pekerja yang bercuti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, sebuah lori dipandu lelaki warga asing tanpa dokumen pengenalan diri turut disita polis.

Kesemua kesalahan jalan raya itu diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi itu menyasarkan pemeriksaan semua jenis kenderaan dan advokasi keselamatan jalan raya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI