fbpx

Rapid Rail sasar 200,000 penumpang LRT sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika meninjau kawasan jejambat yang terjejas berdekatan Stesen Bandaraya hari ini. Foto : Saddam Yusoff/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sempena pembukaan semula laluan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Masjid Jamek dan Bandaraya bermula hari ini, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menyasarkan purata penggunaan harian sehingga 200,000 menjelang penghujung 2024.

Rapid Rail berkata, sasaran itu meningkat berbanding 155,000 sepanjang penutupan laluan di kedua-dua stesen itu sejak lebih setahun lalu.

Jelasnya, kekerapan tren pada waktu puncak kembali normal iaitu masa menunggu tiga minit bagi daerah pusat perniagaan (CBD) dan enam minit di luar daerah pusat perniagaan (non-CBD) dengan pengoperasian 37 buah tren.

“Laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya telah ditutup sejak 27 Januari 2023 atas faktor keselamatan akibat kerosakan struktur jejambat dan landasan berhampiran Stesen Bandaraya.

“Kerja-kerja membaik pulih kerosakan telah dimulakan pada 17 Mac 2023 melibatkan dua fasa merangkumi kerja-kerja menyokong jejambat di P163, P164 dan P165 serta mengembalikan struktur jejambat ke kedudukan asal,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah meninjau kawasan kerosakan struktur yang terjejas sebelum ini menyebabkan laluan kedua-dua stesen tersebut ditutup.

Loke kemudiannya telah merasmikan pembukaan semula laluan tersebut secara rasmi bermula hari ini.

Mengulas lanjut, Rapid Rail berkata, proses membaik pulih telah selesai sepenuhnya pada 30 Disember lalu dan
pemeriksaan serta pengesahan telah dilakukan oleh pihak jurutera perunding.

“Sebagai mematuhi piawaian operasi, beberapa siri ujian dan pemantauan menyeluruh telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2024 hingga 16 Februari 2024.

“Pembukaan semula laluan tersebut dibuat setelah mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berdasarkan penilaian dan pemeriksaan yang dijalankan.

“Dengan pembukaan semula laluan ini, diharapkan pergerakan penumpang dipermudahkan, jumlah penumpang dapat dipertingkatkan dan aktiviti ekonomi di sekitar laluan yang tersebut akan kembali rancak,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI