fbpx

Rakan suami berhutang, isteri pula jadi mangsa tebusan RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Angkara rakan suami berhutang dalam urus niaga dadah, seorang wanita menjadi mangsa penculikan membabitkan wang tebusan RM100,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari, mangsa berusia 30 tahun dilarikan empat suspek termasuk seorang wanita kira-kira pukul 5 petang, Isnin lalu.

“Menurut saksi kejadian, mangsa ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan dibawa meronda di sekitar ibu negara selama 10 jam.

“Kesemua suspek dicekup dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Bukit Damansara dan Sentul. Kita berjaya menyelamatkan mangsa,” katanya pada sidang akhbar di IPD Sentul di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan pihaknya mendapati kesemua suspek yang berusia 25 hingga 31 tahun mempunyai rekod jenayah.

“Dalam kejadian itu, suami mangsa membayar duit tebusan berjumlah RM45,000 yang mana kes dipercayai berpunca akibat daripada rakan suami mangsa berhutang (urus niaga dadah) dengan suspek,” ujarnya.

Polis kini mengesan seorang individu dikenali sebagai Mohd Danial Harris Azmi, 26, dengan alamat terakhir di Sungai Petani, Kedah bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek ditahan reman selaam lima hari sehingga Sabtu ini  untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI