fbpx

Pemandu lori didakwa tipu projek ladang kelapa sawit RM1.02 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (baju merah) diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menipu pengarah urusan berkaitan tender pajak ladang kelapa sawit membabitkan kerugian lebih RM1.02 juta, tahun lalu.

Tertuduh, M. Gopala Krishnan, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibicarakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Yap Koh Cheng, 69, untuk mempercayai bahawa dia boleh mendapatkan tender pajak ladang kelapa sawit.

Tindakan itu dengan curangnya telah mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM1,029,000, yang mana dia tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di kawasan Perindustrian Lendu, dalam daerah Alor Gajah pada Jun 2023.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom mencadangkan jaminan RM45,000 dengan mengambil kira faktor kesalahan dilakukan tertuduh melibatkan nilai kerugiaan yang tinggi.

Tertuduh yang diwakili peguam K. Shareveen dan Daniel Savarimuthu bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh mempunyai lima anak yang masih kecil berusia satu hingga 10 tahun.

Tambahnya, anak guamnnya juga hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan sekitar RM3,000 sebulan dan perlu menjaga ibu yang sakit.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Azaraorni kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis sekali setiap bulan dan pasport diserahkan ke mahkamah.

Beliau turut menetapkan tarikh 18 Mac depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI