fbpx

Jurgen Klinsmann akhirnya dipecat KFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurgen Klinsmann (tengah) gagal membantu skuad Korea Selatan menjulang trofi Piala Asia 2023 baru-baru ini. - Foto ihsan Yonhap News

SEOUL – Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) akhirnya mengambil keputusan untuk pecat Jurgen Klinsmann selaku ketua jurulatih susulan prestasi hambar pada kempen Piala Asia 2023 yang lepas.

Presiden KFA, Chung Mong-gyu berkata, pengendali import dari Jerman itu gagal merealisasikan harapan rakyat untuk menjulang trofi Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun apabila tersingkir di peringkat separuh akhir.

“Pihak persatuan telah melakukan penilaian penuh dan mengambil keputusan untuk tukar ketua jurulatih berkuat kuasa serta merta..

“Klinsmann gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan selaku ketua jurulatih kebangsaan.

“Justeru, kami putuskan untuk menukar barisan kejurulatihan sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan,” katanya lagi.

Sementara itu, Klinsmann yang dilantik menjadi pengendali Taeguk Warriors pada tahun lalu mengucapkan terima kasih kepada semua pemain selepas memberikan kerjasama penuh sepanjang mengendalikan pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI