fbpx

MyIPO bakal bangkitkan lagi isu penggunaan ‘copyright’ AI di Geneva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuhan berucap pada Majlis Meet & Greet bersama Media sempena AHIN2024 di MyIPO, Petaling Jaya hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

PETALING JAYA – Satu prosedur operasi standard (SOP) khas berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan dibangkitkan sekali lagi di Perhimpunan Tahunan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) di Geneva, Switzerland, pada bulan Julai, tahun ini.

Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Ts. Dr. Mohd. Zuhan Mohd. Zain berkata, status penggunaan AI dalam konteks harta intelek itu juga akan dibincangkan dengan terperinci.

“Penggunaan AI ni satu fenomena baharu di Malaysia walaupun sudah muncul sejak 10 ke 15 tahun lalu.

“Di peringkat antarabangsa pun kita dah bawa perbincangan ni sama ada mereka yang menggunakan khidmat AI ini boleh didakwa atau dibiarkan begitu sahaja jika dikesan membabitkan hak cipta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di Majlis Meet & Greet bersama Media sempena AHIN2024, di sini hari ini.

Buat masa ini menurutnya, tindakan hanya boleh diambil menggunakan akta-akta dan perkara-perkara tertentu sahaja.

“Tetapi contoh kalau guna ChatGPT dan nak cipta lagu menggunakannya, tetapi keluar lirik sama seperti lagu sedia ada.

“Kemudian pengguna itu mengatakan ia diambil daripada AI, tetapi lirik itu telah termaktub dalam ‘copyright’ yang telah didaftarkan, jadi ia tetap salah.

“Orang yang menggunakan AI ini perlu tahu command’ (arahan) yang mereka perlu beri kepada AI,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa MyIPO juga bakal terlibat dengan penubuhan Pusat Pengajian Kecerdasan Buatan Pertama Negara menerusi Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Selain itu kita akan adakan satu kerjasama dengan UTM dalam masa terdekat berkaitan penubuhan fakulti berkenaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, baru-baru ini.

“Kita insya-Allah akan mnjadi sebahagian daripada mereka untuk memastikan elemen ciptaan baharu dan inovasi yang dibuat di bawah fakulti berkenaan, diselaraskan dgn MyIpo,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI