fbpx

Suami isteri dipenjara sebab guna MC palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelima-lima tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Lima individu termasuk pasangan suami isteri dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu daripada Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pasangan itu ialah T. D Vasudevan, 28, dan D. Carolina, 28, bersama tiga yang lain iaitu G. Mukuntan, 28, M. Harrvinthan, 27, dan R. Gobinath, 43, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Semua tertuduh didakwa menggunakan sijil cuti sakit yang diketahui adalah palsu antara Januari sehingga Oktober 2020.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkifli, manakala lima tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuan masing-masing memohon mahkamah memberikan hukuman minimum kerana tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menyara keluarga dan ibu bapa yang uzur.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 dan sehari penjara ke atas setiap tertuduh dan memerintahkan mereka dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu. Kesemua tertuduh membayar denda. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI