fbpx

Kes Nik Elin: KPN ingatkan orang ramai tidak buat provokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tengah) hadir merasmikan Majlis Penutupan Ujian Mara Lasak KDNKA PDRM 2024 di Markas Briged Utara, PGA Ulu Kinta, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Pengguna media sosial diingatkan untuk tidak membangkitkan sentimen agama dan provokasi berlebihan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan raja.

“Kita beritahu sejak dulu lagi, jangan mainkan isu sensitif terutama 3R. Jika ada isu yang mendatangkan kegusaran untuk agama, menyentuh sensitiviti raja dan agama, kita akan siasat.

“Bagi isu ini (pembatalan 16 kesalahan syariah), banyak provokasi yang dibuat di media sosial. Kita ada menerima laporan daripada pengadu yang terkesan dengan ‘posting’ (hantaran) yang dibuat dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Markas Briged Utara, Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, di sini hari ini.

Menurut Razarudin, setakat ini, pihaknya menerima tiga laporan daripada peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid berkaitan ugutan bunuh yang diterima susulan petisyen yang difailkannya di mahkamah.

Beliau berkata, lebih banyak laporan polis akan diterima dalam masa terdekat berhubung isu sama.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI