fbpx

1,000 pengunjung Marina Island lambung lou sang sepanjang 72 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyertai acara melambung lou sang di Marina Island, Lumut, hari ini.

LUMUT – Lebih 1,000 orang menyertai acara melambung lou sang terpanjang di negeri ini, iaitu sepanjang 72 meter (m) yang dianjurkan oleh Marina Island, sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024, di pulau berkenaan di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi berkata, lou sang tersebut menggunakan 900 kilogram sayur-sayuran seperti lobak putih, kubis dan lobak merah dengan tempoh penyediaannya adalah selama dua jam oleh pihaknya.

“Lou sang ini lebih panjang dari tahun lepas iaitu 60m. Ini merupakan tahun keempat acara melambung lou sang dianjurkan di Marina Island.

“Angka 72 itu juga signifikan dengan pengasas Marina Island iaitu Datuk Ding Poi Chung yang meraikan hari jadinya yang ke-72 pada tahun ini. Diharapkan pada masa hadapan kami dapat hasilkan lou sang lebih panjang lagi berbanding kali ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Acara tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim dan Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari.

Pada masa sama, Mei Siang berkata, acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran pelancong-pelancong asing yang datang dari pelbagai negara termasuklah Eropah.

“Acara sambutan Tahun Baharu Cina ini juga dihadiri oleh warga tempatan tanpa mengira usia dan bangsa, yang mana mereka turut disajikan dengan pertunjukan kebudayaan Cina,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI