fbpx
Mat Yazid (kanan) memeriksa anak lembu yang cedera akibat diserang harimau kumbang di Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun semalam.

Harimau kumbang mengganas lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang penternak bimbang dibaham harimau kumbang selepas binatang buas itu semakin mengganas apabila se­ekor lagi lembu miliknya menjadi korban di Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun, di sini pada ming­gu lalu.

Mat Yazid Mat Husin, 62, berkata, dalam kejadian pada 7 Februari lalu itu, lembu betina tersebut mati dibaham, namun anak lembu tersebut yang turut diserang bernasib baik apabila terselamat selepas berjaya menyelamatkan diri.

“Begitupun anak lembu tersebut mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan.

“Saya percaya ia serangan harimau kumbang berikutan pene­muan banyak kesan tapak kaki binatang buas itu berhampiran kawasan kandang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun, di sini semalam.

Mat Yazid berkata, sera­ngan harimau kumbang ini ­bukan perkara baharu kerana ­sebelum ini sudah banyak lembu ­ternakannya mati dibaham ­binatang liar itu sejak awal tahun lalu.

Katanya, serangan harimau kumbang menyebabkannya semakin takut untuk memasuki tempat penternakan lembu yang berhampiran dengan kawasan hutan.

“Saya bukan sahaja kerugian besar akibat kematian lembu-lembu ternakan, malah bimbang jika saya pula dibaham harimau,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, perangkap untuk menangkap harimau kumbang tersebut sudah dipasang sejak pertengahan tahun lalu.

Katanya, bagaimanapun, pe­rangkap itu baru dibuka kira-kira dua minggu lalu.

“Harimau kumbang itu dikesan kembali mengganas pada Selasa lalu dan perangkap akan kembali dipasang secepat mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN