fbpx

[VIDEO] Lelaki asing bagi alasan tiada lesen pandu kereta melawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video menunjukkan sebuah kereta Nissan Almera dipandu secara melawan arus tular di media sosial semalam.

KOTA TINGGI – Seorang warga Bangladesh ditahan selepas tular rakaman kereta Nissan Almera dipandu secara melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 43 tahun itu memaklumkan tindakan membawa kenderaan secara songsang itu adalah kerana tiada lesen.

“Tular kejadian memandu secara berbahaya kira-kira pukul 2.30 petang di mana Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi telah menerima video tular berdurasi 50 saat itu.

“Video berkenaan melibatkan sebuah Nissan Almera berwarna putih yang memaparkan dipandu secara songsang serta melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Pemandu kereta warganegara bangladesh berusia 43 tahun itu telah dikesan dan ditangkap pada pukul 3.15 petang di kawasan hentian bas Kota Tinggi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, tindakan saringan awal ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan juga telah diambil dan dikesan kes negatif dadah.

Tambahnya, hasil semakan ke atas rekod kenderaan didapati tiada rekod jenayah dilaporkan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI