fbpx

Komposer Ross Ariffin hidup sengsara, terpaksa jamah sisa makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi sewaktu pertemuan dengan Ross di Melaka.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bertemu empat mata dengan komposer hebat, Ross Ariffin yang dikhabarkan bergelut kemiskinan sehingga terpaksa bergelandangan selama tiga tahun.

Menurut Fahmi, beliau terpanggil untuk mengenali seniman itu atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil dengan lebih dekat setelah melihat berita keperitan hidupnya di media sosial.

“Setelah kami bertemu, Ross menceritakan kisah sedih beliau makan di jalanan, kadang-kadang menjamah sisa-sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja. Kadangkala tiada langsung makanan seharian sampai ke malam.

“Dengan nada percakapan yang tersekat-sekat akibat pernah mengalami serangan strok sebanyak dua kali, tangan Ross juga pernah patah dan masih tak sembuh.

“Kesengsaraan beliau sebagai gelandangan hingga ke tahap jatuh menggigil dan pengsan akibat berada di tengah hujan terlalu lama,” tulisnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi ‘menikmati’ bunyi melodi piano dimainkan oleh Ross.

Katanya, Ross telah diberi tempat tinggal sementara oleh Exco Kebudayaan Negeri Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman dengan bantuan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan ahli jawatankuasa Karyawan Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar.

“Ross masih punyai tekad dan iltizam yang kuat untuk kembali berkarya kerana minat yang cukup mendalam.

“Saya dengar dengan teliti kata-kata beliau dan memberi semangat supaya tidak menyerah kalah dan terus berkarya kerana Ross punyai bakat yang sangat unik dan berupaya untuk kembali menjadi sebahagian daripada keluarga besar industri hiburan negara.

“Saya mohon pertimbangan daripada Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Wilayah untuk mengenal pasti sebuah unit PPR dan juga cuba dapatkan bantuan asas untuk keperluan rumah beliau,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau juga mengadakan perbincangan bersama RTM supaya Ross dapat bekerjasama dalam penciptaan lagu baharu.

“Uncle Ross sedang mencari sebuah ‘keyboard’ baharu dan sedikit wang tambahan untuk dia mulakan kembali kehidupan.

“Jom pakat ramai-ramai berikan angpau kepada Ross agar sama-sama meringankan beban supaya beliau boleh terus berikan sentuhan magis kepada industri muzik tanah air. Boleh derma di akaun Roslan Ariffin Jamil, 0410041100013234 (BSN),” katanya.

Ross, 62, merupakan anak kelahiran Melaka telah menggubah banyak lagu popular serta lagunya juga dinyanyikan barisan penyanyi tanah air terkenal.

Antara lagu popular gubahannya ialah Dia nyanyian Fauziah Latiff (lirik oleh Amran Omar), Kau dan Aku untuk Ning Baizura (lirik oleh Ning Baizura), Kurniaan Dalam Samaran dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza (lirik oleh S. Amin Shahab) dan Semalam Ku Tolak Ke Tepi nyanyian Liza Aziz (lirik oleh Datuk Habsah Hassan).

Terdahulu, media melaporkan karyawan berbakat itu telah diserang angin ahmar sehingga mengalami kesukaran untuk berjalan dan bertutur.

Beliau juga difahamkan hidup berpindah-randah sejak tiga tahun lalu di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur dan Melaka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI