fbpx

Op Selamat 21: 13 kematian kemalangan jalan raya semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR -Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merekodkan 13 kematian ekoran kemalangan jalan raya di seluruh negara menerusi Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina, setakat semalam.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, angka tersebut daripada 1,614 kes kemalangan yang direkodkan.

Kata beliau, daripada jumlah itu, 12 kemalangan maut direkodkan dan 1,986 kenderaan yang terbabit kemalangan.

“Sepanjang musim perayaan ini, JSPT mengenal pasti sebanyak 18 hot spot (lokasi panas) dan 46 black spot (lokasi hitam) di kawasan lebuh raya, selain 407 lokasi hot spot serta 76 black spot di negeri dan daerah,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, Op Selamat bagi edisi kali ini mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Menerusi operasi itu, l dua objektif utama diangkat iaitu meminimumkan kemalangan jalan raya serta memastikan kelancaran trafik dan mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

JSPT juga turut dibantu oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan pemantauan udara di tiga zon utama iaitu zon Utara, Selatan dan Timur.

Dalam pada itu, bagi mencegah jenayah pecah rumah pula, seluruh jentera PDRM di peringkat kontinjen digerakkan untuk rondaan pencegahan jenayah, risikan, operasi dan pemantauan secara berjadual di kawasan perumahan serta premis perniagaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI