fbpx

EPL: West Ham tempang tanpa dua tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG utama West Ham United, Lucas Paqueta (tengah) dilaporkan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan betis. - AFP

LONDON – Dua bintang utama West Ham United, Lucas Paqueta dan Michail Antonio yang alami kecederaan sebelum ini hampir pasti tidak dapat diturunkan pada pertemuan dengan Arsenal di Stadium London, malam esok.

Pengurusnya, David Moyes juga mengesahkan kedua-dua pemain itu belum cergas sepenuhnya dan kini berdepan tugasan wajib untuk merangka pendekatan lebih baik bagi memerangkap The Gunners.

“Lucas Paqueta belum bersedia, Michail Antonio pula sudah berlatih sejak dua hari lalu. Kehadirannya (Antonio) adalah perkembangan yang bagus buat pasukan namun daripada segi kecergasan dia belum lagi bersedia untuk diturunkan,” katanya.

Paqueta mengalami kecederaan di bahagian betis manakala Antonio belum lagi bersedia untuk bermain walaupun sudah sertai pasukan sejak dihimpit masalah lutut.

Untuk rekod, Moyes pernah melatih pengurus Arsenal, Mikel Arteta ketika kedua-duanya menabur bakti di Everton

“Arteta sudah melakukan tugasnya dengan cukup baik malah mereka juga mempunyai pemain berkualiti. Kami raih kemenangan ke atas mereka di Stadium Emirates dan sekarang kami perlu kekal bekerja keras untuk hadapi aksi kali ini. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI