fbpx

Semua mangsa kejadian kepala air ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aszura (kiri) dan tiga lagi anaknya ditemui lemas dalam tragedi kepala air semasa berkelah di Sungai Kenjur, dekat Kampung Koh, Bidor.

TAPAH – Dua lagi mangsa kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh di Bidor telah ditemui mati lemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd. Naim Asmawi berkata, kedua-dua mangsa dikenali Hanna Mikayla, 7, dan Hanum Marissa, 2.

“Mangsa ketiga yang berusia dua tahun , seorang bayi perempuan ditemui kira-kira pukul 8.55 pagi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Selang beberapa minit kemudian, kira-kira pukul 9.05 pagi, seorang lagi mangsa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui berdekatan Masjid Kampung Bidor,” katanya dalam satu kenyataan media pagi tadi.

Media melaporkan hajat empat beranak untuk berkelah bertukar tragedi apabila ibu, Aszura Bani, 37, ditemukan lemas, manakala tiga anaknya hilang akibat dihanyutkan kepala air ketika beriadah di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd. Naim berkata, operasi ditamatkan kira-kira pukul 10.20 pagi tadi setelah semua mangsa telah ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI