fbpx

Ahli perniagaan didakwa guna gelaran ‘Dato’ palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Seng didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran 'Dato' palsu pada afidavit sokongan yang dikemukakan di mahkamah, dua tahun lalu. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran ‘Dato’ palsu pada afidavit sokongan yang dikemukakan di mahkamah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Chan Chee Seng, 59, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa sebagai orang yang tidak berhak menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan ‘Dato’ didapati telah dengan sengaja menggunakan gelaran itu pada afidavit sokongan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Mahkamah Tinggi Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di dalam daerah Ipoh pada 17 Januari 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3(2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 (Akta 787) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin namun SR Muniandy yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan minimum atas alasan anak guamnya itu menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI