fbpx
AHMAD TAHIR dan Maziatun menunjukkan hasil tangkapan udang galah selama dua hari di Sungai Kahang sejak Ahad lalu.

Pancing empat kilo udang galah dalam 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Puluhan pemancing udang galah memperolehi hasil lumayan selepas turun meman­cing di Sungai Kahang di sini yang telah surut sejak Ahad lalu.

Sebelum ini, semua kaki pan­cing tidak dapat turun meman­cing kerana keadaan air sungai terlalu dalam hingga melimpah ke tebing akibat banjir.

Keadaan itu memaksa mereka menunggu sehingga lebih sebulan untuk kembali menjalankan aktiviti yang memberikan hasil pulangan lumayan itu.

Ahmad Tahir Mohd Desa, 57, yang turun memancing bersama isterinya, Maziatun Idris, 53, sudah menjangkakan akan memperolehi hasil lumayan selepas berjaya membawa pulang seba­nyak 16.5 kilogram udang galah untuk tempoh dua hari.

Katanya, untuk tangkapan sebanyak itu, mereka berdua mampu memperolehi tangkapan kira-kira RM1,000 mengikut harga semasa antara RM70 hingga RM80 sekilo.

“Alhamdulillah, walaupun selepas kira-kira dua bulan tidak turun memancing akibat banjir yang menyebabkan air sungai melimpahi tebing, namun pulangannya selepas itu memang berbaloi.

“Jika tiada aral, insya-Allah kami akan turun memancing semula sebelum balik ke Kampung di Terengganu sempena cuti Tahun Baharu Cina,” katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi pemancing, Ujang Siron, 52, berkata, pemancing udang galah sememangnya me­nunggu masa seperti ini untuk turun memancing kerana sudah pasti akan memperolehi tangkapan yang banyak.

Ujarnya, walaupun hanya kira-kira tujuh jam memancing, seorang pemancing boleh mendapat hasil sekurang-kurangnya tiga hingga empat kilogram.

“Saya menjangkakan Sungai Kahang akan penuh dengan pemancing pada hari cuti Tahun Baharu Cina ini berdasarkan banyak pengusaha bot sewa untuk memancing sudah habis ditempah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN