fbpx

6 maut tanah runtuh di selatan Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan tiba untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Maco, Davao de Oro semalam. - AFP

MANILA – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, manakala 31 lagi cedera apabila tanah runtuh berlaku di sebuah perkampungan perlombongan emas di kawasan pergunungan selatan Filipina, akibat hujan lebat.

Tanah runtuh pada malam semalam melanda kawasan Masara, dalam wilayah Davao de Oro, Pulau Mindanao, kata pegawai bencana wilayah, Edward Macapili kepada AFP.

Menurutnya, insiden itu memusnahkan rumah dan menenggelamkan dua bas yang digunakan untuk mengangkut pekerja lombong.

“Pasukan penyelamat menggali lumpur untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 20 orang yang terperangkap di dalam bas.

“Sekurang-kurangnya 28 orang berada di dalam bas ketika tanah runtuh tetapi lapan orang menyelamatkan diri tanpa cedera melalui tingkap sebelum lumpur menenggelamkan mereka,” kata Macapili.

Tambahnya lagi, beberapa pasukan penyelamat di seluruh wilayah itu telah dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan berkenaan.

“Kami mempunyai peralatan tetapi kebanyakan masa, kami melakukannya secara manual.

“Ini kerana menggali menggunakan jengkaut adalah berbahaya kerana anda tidak tahu jika ada orang yang terperangkap di bawah serpihan,” kata Macapili.

Sementara itu, daripada 31 penduduk kampung yang cedera dalam tanah runtuh tersebut, dua cedera parah dan dibawa ke hospital di bandar Davao untuk menerima rawatan.

Seramai 46 orang lagi masih hilang, namun tidak dinyatakan sama ada angka itu merangkumi 20 individu yang terperangkap di dalam bas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI