fbpx

2 letupan cemari persiapan pilihan raya Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Askar meronda di sebatang jalan di Peshawar hari ini. - AFP

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam dua letupan bom di luar pejabat calon pengundian di barat daya Pakistan, menjelang pilihan raya yang dicemari dengan keganasan dan tuduhan penipuan.

Serangan pertama berlaku berhampiran pejabat calon bebas di daerah Pishin, sekitar 50 kilometer dari bandar Quetta dan sekitar 100 kilometer dari sempadan Afghanistan.

Menteri penerangan sementara bagi wilayah Balochistan, Jan Achakzai serta polis Quetta meletakkan angka kematian akibat letupan itu pada 12 orang dengan 25 lagi cedera.

Letupan kedua pula berlaku berhampiran pejabat pilihan raya calon parti Islam Jamiat Ulema-e-Islam-F (JUI-F) di bandar Killa Saifullah.

“Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 12 yang lain cedera,” kata Jan kepada AFP.

“Insiden itu berlaku di bazar utama kawasan bandar, di mana pejabat pilihan raya JUI-F menjadi sasaran,” kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI