fbpx

2.69 juta rakyat Malaysia sudah daftar Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BACHOK – Seramai 2.69 juta rakyat negara ini sudah mengemas kini maklumat dan mendaftar dalam Pangkalan Data Utama (Padu) sejak ia diperkenalkan pada 1 Januari lalu sehingga semalam.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sehubungan itu, pihaknya yakin hasrat kerajaan untuk melihat seluruh rakyat negara ini mendaftar Padu akan menjadi kenyataan sebelum tarikh akhir pada 31 Mac depan.

Menurutnya, Padu sudah mempunyai 30 juta senarai nama dan maklumat rakyat negara ini yang dikumpulkan daripada pelbagai agensi, namun memerlukan pengesahan dan kemas kini semula maklumat.

“Aspek keselamatan data merupakan fokus utama kerajaan dan rakyat tidak perlu risau mengenai perkara itu. Sebaliknya, mereka hanya perlu kemas kini maklumat seperti status perkahwinan dan pekerjaan semasa supaya kita dapat informasi terkini yang tepat.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan terus turun ke lapangan untuk membantu warga emas, Orang Asli termasuk penduduk kawasan pedalaman mengisi dan mengemas kini Padu,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pusat Ekonomi Digital (Pedi) Mahligai, di sini hari ini.

Mengulas mengenai keluhan Orang Asli mengenai pendaftaran Padu, Mohd. Uzir memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan pimpinan masyarakat terutama Tok Batin.

Katanya, DOSM akan menyediakan pasukan khas di semua pos penempatan Orang Asli bagi melancarkan kerja-kerja mengisi dan mengemas kini Padu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI