fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan @Mel_managercpg dan @Nshahidaidzi di media sosial memaparkan fenomena kabus tebal di Kedah, pagi tadi.

[VIDEO] Warga Aloqstaq ‘kalut’, kabus disangka jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Alostaq (Alor Setar)! Aku pagi ni siap cek bacaan IPU ingatkan jerebu.”

Itu perkongsian seorang pengguna media sosial yang terkejut melihat fenomena kabus tebal menyelubungi Alor Setar, Kedah, pagi tadi sehingga menyangka kawasan itu dilanda jerebu.

Menerusi hantaran media sosial @Mel_managercpg, keadaan kabus pada pagi itu diumpamakan seolah-olah berada di Cameron Highlands.

“Apa berlaku? 7.15 pagi kabus mengalahkan Cameron,” katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman serupa, hari ini.

“Ya kan, saya pi (pergi) kerja tadi ingatkan hujan dekat depan. Dah la naik motosikal, rupanyaa kabus,” ujar @Syhrzm.

“Saya keluar reja (kerja) pukul 5.40 pagi. Jenuh perembang (perhati) mata. Rasa macam masuk dunia khayalan,” kongsi @Nshahidaidzi.

“Sungai Petani pun sama. Terus buka website (laman sesawang) semak IPU,” kata @Nuhaasafiyya. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN