fbpx

Thailand hentikan import seluar corak gajah dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seluar corak gajah dari China boleh dibeli pada harga serendah RM4 sehelai. - Apichart Jinakul

BANGKOK – Jabatan Kastam Thailand mengeluarkan arahan supaya menghentikan import seluar corak gajah dari China susulan pendaftaran hak cipta produk tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menteri Perdagangan, Phumtham Wechayachai dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Harta Intelek (DIP) sedang menjalankan siasatan berhubung peningkatan mendadak import seluar corak gajah dari China.

Isu mengenai seluar itu pada awalnya dibangkitkan di laman Facebook Lui Chine dan shoot2china.’

Menurutnya, seluar corak gajah yang begitu popular di Thailand, dijual di platform beli-belah online China pada harga jauh lebih murah berbanding platform tempatan iaitu serendah 30 baht (RM4) sehelai pada harga borong.

Selepas itu, ramai penjual di Thailand mula mengimport seluar berkenaan dari China yang jauh lebih murah seperti seluar pendek berharga 65 baht (RM8.68), manakala harga seluar panjang ialah 75 baht (RM10).

“Pengilang Thailand akan kalah kepada pengilang China dalam semua perkara. Mereka perlu melawan dengan menonjolkan bahawa seluar corak gajah Thailand jauh lebih berkualiti,” kata Phumtham.

Perdana Menteri, Srettha Thavisin berkata, situasi semasa berkaitan seluar corak gajah buatan China menandakan bahawa kerajaan perlu menangani isu hak cipta dan peruntukan pasaran untuk produk tempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI