fbpx

Op Tapis Khas serbu 28 ‘port’ dadah, 601 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan menerusi Op Tapis Khas yang dijalankan di seluruh negeri minggu lalu.-IHSAN PDRM

IPOH – Seramai 601 individu termasuk 23 warga asing ditahan menerusi Op Tapis Khas selepas ‘sarang’ penagihan dadah di seluruh negeri digempur polis selama tiga hari sejak 29 hingga 31 Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tangkapan di 28 lokasi itu membabitkan 578 lelaki dan 23 wanita berusia antara 17 hingga 65 tahun.

Menurut beliau, warga asing yang ditahan terdiri daripada Thailand, Indonesia dan Myanmar

“Tumpuan operasi kali ini adalah sarang-sarang penagih dadah yang telah dikenal pasti termasuk di Felda, Felcra, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kawasan perumahan dan jeti nelayan.

“Pada serbuan ini, pelbagai dadah dirampas termasuk heroin, ganja, methamphetamine, ketamin, pil erimin 5, cecair ketum dan kafien dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM253,471.30,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada keseluruhan tangkapan yang dilakukan, seramai 57 orang ditahan kesalahan pengedaran dadah, 147 orang bagi kesalahan memiliki dadah manakala 397 penagih disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, seramai 12 orang pula ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 manakala 16 orang pula dalam kategori sebagai orang dikehendaki.

“Daripada keseluruhan tangkapan, kita berjaya mengenal pasti 25 penagih tegar yang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI