fbpx

Jalan ‘maut’ Kuala Selangor perlu tambah infra keselamatan -JKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di jalan itu, baru-baru ini.

KUALA SELANGOR – Jabatan Kerja Raya (JKR) mengakui keperluan bagi menambah infrastruktur keselamatan di Kilometer 53 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, yang kerap berlakunya kes kemalangan termasuk maut.

Jurutera JKR Kuala Selangor, Ir. Nur Hafidzan Idris berkata, aspek keselamatan itu meliputi papan tanda amaran had laju, papan tanda kawasan kemalangan dan jalur rentas kuning.

Jelas beliau, infrastruktur di laluan itu bagi mengingatkan semua pemandu supaya berwaspada di kawasan tersebut.

“Kami juga akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kerja Raya bagi penambahan lampu jalan di jajaran itu melibatkan peruntukan RM550,000.

“Ia meliputi pemasangan 36 tiang lampu baharu selain memohon peruntukan pembaikan 12 batang tiang lampu yang telah rosak. Kita turut melihat keperluan pemasangan penghadang jalan secara fizikal bagi memastikan ia bersesuaian dan tidak membahayakan pengguna jalan raya,” katanya hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di jalan berkenaan, malam Khamis lalu.

Lebih memilukan, mangsa, Siti Norfatihah Anan, 24, yang meninggal dunia di tempat kejadian tidak sempat melangsungkan perkahwinannya pada Mei ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI