fbpx

[VIDEO] Suami Mizz Nina ‘tegur’ Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAMI Mizz Nina, Essam Muhammad ketika ditemu bual media selepas di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. - FOTO SYAKIR RADIN

SHAH ALAM – “Itu bukan nama sebenar Musa.”

Demikian respons suami kepada aktivis kemanusiaan, Mizz Nina iaitu Essam Muhammad, 31, berkenaan nama sebenar anak angkatnya yang pernah didedahkan oleh penyanyi, Noh Salleh, 39, sebelum ini.

Perkara itu ditegaskan Essam susulan Noh pernah mendedahkan kononnya nama penuh anak angkatnya itu ialah Musa Mohammad Noh bin Abdullah.

“Saya di sini ingin menegaskan bahawa nama penuh Musa yang kononnya disebut dalam internet tempoh hari adalah tidak benar. Dia (Noh) telah memberikan informasi yang salah kepada semua.

“Namun begitu, saya enggan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Tambah Essam lagi, isterinya, Shazrina Azman, 44, selaku plaintif mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah dan menegaskan tiada anak patut menjadi mangsa dalam konflik sebegini.

“Isteri saya mempunyai dokumen yang sah untuk menjaga Musa. Saya di sini mewakili isteri saya iaitu Nina ingin menegaskan bahawa tiada seorang anak pun yang patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan daripada ibu bapanya.

“Bukan itu sahaja, pihak defendan malah mendedahkan nama sebenar ibu kandung Musa kepada umum menerusi sebuah kenyataan permohonan maaf.

“Tiada ibu kandung yang mahu satu Malaysia tahu bahawa dia telah menyerahkan anaknya sendiri kepada orang lain. Perbuatannya sangat memalukan dan tidak beretika,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga meminta Noh untuk berhubung secara langsung dengannya dalam Instagram selepas ini.

“Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina, saya adalah mahramnya.

“Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih tidak privasi,” jelasnya.

Sebelum ini, penyanyi Angin Kencang itu mencuri perhatian apabila mendedahkan nama penuh anak angkat iaitu Mohammad Noh bin Abdullah dalam Instagram.

Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 namun bercerai pada Ogos 2022 dan mereka tidak dikurniakan anak.

Kini, Noh dan Mizz Nina sudah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pasangan pilihan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI