fbpx

Syarikat Hijanah sah milik Aisyah Hijanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISYAH Hijanah bersama suaminya, Aliff Teega ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini. - FOTO SYAKIR RADIN

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial dan usahawan sensasi, Aisyah Hijanah melahirkan rasa syukur apabila harta sepencarian dia dan suaminya, Alif Teega iaitu syarikat Hijanah sepenuhnya menjadi miliknya hari ini.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkata, perkara itu sudah diputuskan pihak mahkamah hari ini.

“Hari ini kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang sudah dipersetujui sebelum ini.

“Semuanya sudah selesai dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, Alif berkata, pemberian syarikat tersebut bukan menunjukkan Aisyah seorang yang tamak.

Sebaliknya, perkara itu selayaknya diberi kepada Aisyah kerana diuruskan sendiri oleh pempengaruh tersebut.

“Semua yang kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri tamak dan nak bolot semua.

“Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” ujarnya.

Ditanya sama ada isteri keduanya dikenali sebagai Fatin akan mendapat sebahagian harta, Alif berkata, dia mempunyai bahagian yang tersendiri.

“Rezeki dia ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semua, dia (Fatin) tidak dapat apa. Aisyah sesuai dapat apa yang dia sepatutnya miliki.

“Takkan yang diusahakan ini, yang kedua nak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aisyah turut berkongsi berita gembira apabila bakal melahirkan anak ketiganya pada Mac.

“Alhamdulillah, bulan depan Aisyah akan bersalin bayi perempuan. Pada awalnya pergerakan bayi sedikit perlahan. Akhir-akhir ini semakin baik,” katanya lagi.

Sebelum ini, Aisyah mendedahkan segala harta sepencarian bersama suami telah dipindah milik penuh kepada dirinya.

Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.

Terdahulu, isu rumah tangga pasangan tersebut hangat diperkatakan dalam media sosial apabila Alif mendedahkan sudah berkahwin kali kedua dengan Fatin yang juga kakitangan syarikatnya.

Pengakuan tersebut mendapat perhatian ramai yang mengecam tindakan Alif kerana berkahwin ketika isterinya sarat mengandung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.