fbpx

Situasi di AS tarik ringgit ke bawah – penganalisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ringgit melemah disebabkan oleh faktor luaran. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kedudukan mata wang tempatan terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) hari ini, pada kadar 4.759 berbanding 4.728 Jumaat lalu berdasarkan laman web Bank Negara Malaysia.

Menurut Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, punca ringgit melemah masih lagi disebabkan faktor luaran, terutamanya jangkaan penurunan kadar faedah di AS yang berkemungkinan berlaku lebih lewat berbanding unjuran awal.

Jelasnya, pada Jumaat lalu, data pasaran buruh di AS menunjukkan peningkatan yang ketara dalam jumlah pekerjaan yang diwujudkan pada bulan Januari lalu, iaitu sebanyak 353,000 berbanding jangkaan para penganalisis pada hanya 187,000. 

“Justeru, ini menunjukkan bahawa kemungkinan pihak Rizab Persekutuan AS untuk menurunkan kadar faedah pada bulan Mac depan semakin tipis. 

“Situasi ini telah melonjakkan nilai dolar AS disebabkan kadar faedah mereka yang masih kekal tinggi iaitu 5.50 peratus berbanding Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara pada tiga peratus,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI