fbpx

Semakin ramai guru di Jepun alami tekanan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang guru pendidikan jasmani mengajar para pelajarnya di Tokyo. - Foto AFP

TOKYO – Bilangan guru di Jepun yang mengambil cuti kerana masalah kesihatan mental meningkat kepada 6,539 orang pada 2022, demikian menurut satu kajian kerajaan seperti dilaporkan agensi berita Kyodo semalam.

Jumlah itu merangkumi 0.71 peratus daripada semua guru sekolah rendah, menengah serta sekolah pendidikan khas awam. Ia bersamaan dengan seorang bagi setiap 140 guru, kata Kementerian Pendidikan Jepun.

Bilangan guru yang mengambil cuti kerana masalah kesihatan mental dilaporkan turun naik sekitar 5,000 orang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, ia melonjak sebanyak lebih 1,300 orang dalam tempoh dua tahun sejak tahun fiskal 2020, yang ketika itu menyaksikan permulaan penularan pandemik Covid-19.

Pakar pendidikan berkata, peningkatan itu sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan beban kerja akibat pandemik seperti keperluan untuk mengambil langkah pencegahan jangkitan. 

Kekurangan guru sekolah turut menjadi masalah serius di Jepun dengan golongan muda mengelak daripada menceburi profesion yang dilihat mempunyai beban kerja berat itu, kata pakar pendidikan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI