fbpx

Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA posting terbaharu Fatiya Latiff mengundang pertanyaan ramai.

MASIH tidak habis-habis dengan ‘tantrum’ dalam media sosial, Diva sebenarnya kasihankan pelakon Fatiya Latiff.

Pada masa sama, sangat rindukan Fatiya yang ‘dahulu’. Sangat lemah lembut dan bijak mengatur bicara dengan rakan-rakan media. Tapi, itu semuanya dahulu.

Sekarang, macam-macam pe’el anak kelahiran Air Itam, Pulau Pinang itu.

Selepas cari pasal dengan beberapa rakan artis, Fatiya sekarang dikatakan cuba melondehkan ‘aib’ keluarga sendiri pula dengan bercerita tentang perkara yang tidak dapat dipastikan hujung pangkalnya.

Natijah perkongsiannya, sehingga ada yang menebak bahawa satu per satu permasalahan yang ditimbulkannya adalah berakar umbi daripada masalah keluarga.

Segala komen yang menyokong pernyataan di atas boleh dilihat sendiri menerusi hantaran status terbaharu dimuat naik bintang drama Ariana Rose itu dalam Instagram.

Diva malas nak komen lebih kerana sebab bagi Diva, hal keluarga ini adalah perkara yang sangat bersifat peribadi.

Apa pun, Diva doakan semoga Fatiya sentiasa berada bawah lindungan Ilahi dan kembali bertemu rentak karier seninya. Sebab Fatiya memang berbakat, itu fakta.

Pagi semalam ada juga Mizz Lahar ada tengok ‘live’ Fatiya, katanya ‘jet lag’. Dah balik Malaysia agaknya.

Diva: Tak sabar nak tengok siri Squid Game musim kedua. Bukan main merah rambut Gi-hun!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI