fbpx

Aliff sudah berubah, Bella pula makin seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH tangga Bella dan Aliff tidak berhenti menjadi perhatian sejak pernikahan hingga kini.

TAHUN 2023 mungkin agak perit untuk dilalui seorang wanita bernama Bella Astillah.

Masakan tidak, isu rumah tangganya bersama suami tercinta boleh dikatakan antara isu terhangat yang menjadi topik perbualan sepanjang tahun.

Sejak Januari sehinggalah Disember, cerita pergolakan rumah tangganya dengan suami penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz tidak pernah sunyi walau pun sekali.

Barangkali lelah dengan segala kontroversi yang melanda rumah tangga yang dibina sejak tahun 2016, Bella menyimpan hasrat agar tidak lagi menjadi topik sensasi dalam media sosial untuk tempoh 2024 ini.

Namun, seperti tidak selari dengan azam tersebut, Bella sekali lagi meledak dalam aplikasi TikTok pada bulan pertama 2024 apabila memuat naik video memaparkan memakai gaun labuh yang terbelah pada bahagian depan sehingga menampakkan paha.

Susulan itu, ada juga yang berpendapat imejnya semakin seksi sehingga ada yang kembali mengungkit dan mengaitkan ‘zaman’ suaminya yang pernah aktif mendalami ilmu agama bersama jemaah tabligh sekitar tahun 2021.

rumah tangga Bella dan Aliff tidak henti dilanda gelora, sejak pernikahan hingga kini.

Kata pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu, busana seksi tersebut dipakai bagi mempromosikan produk makanan kesihatan bahkan tidak menyangka mengundang rasa kurang senang ramai.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun menegaskan perkara itu merupakan khilafnya sendiri yang tidak lari membuat kesilapan sebagai manusia biasa.

“Saya hanya insan biasa dan memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang berkenan dengan busana tersebut.

“Sebagai pengajaran, saya akan lebih berhati-hati dalam memilih busana yang hendak dipakai selepas ini,” katanya kepada Pose baru-baru ini.

Tidak hanya terhenti di situ, busana mencolok mata itu membuatkan Bella dikecam kerana tidak sensitif dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.

Sama seperti isteri lain, Bella turut mengakui menerima teguran dan nasihat daripada Aliff mengenai setiap pakaian yang digayakannya selama ini.

“Sebenarnya suami selalu beri nasihat dan pandangan mengenai penampilan saya selama ini.

“Jadi, hal baju seksi itu adalah kesilapan diri sendiri dan saya memang tak boleh salahkan mana-mana pihak,” ujarnya.

Di sebalik kontroversi busana seksi tersebut, anak kelahiran Sandakan, Sabah itu tetap bersyukur kerana perubahan dan hal positif yang muncul sekaligus memberi sinar baru dalam hidupnya.

“Sekarang ini saya dapat rasakan situasi berbeza berbanding tahun lalu, syukur.

IMEJ seksi dan pakaian ketat yang sering digayakan Bella menjadi daya sensasi wanita Sabah itu di mata netizen.

Perubahan, sensasi

“Dapat habiskan masa dengan anak-anak dan paling seronok suami pun banyak menunjukkan perubahan yang positif untuk rumah tangga serta jadi suami lebih baik,” jelasnya.

Di sebalik segala sensasi yang tercetus, pelakon yang popular menerus naskhah Aku Tanpa Cintamu itu menepis dakwaan sengaja mencipta kontroversi untuk terus menjadi sebutan ramai.

“Sumpah demi Tuhan, saya tidak pernah sengaja mengundang atau mahu jadi bahan cerita sensasi.

“Ramai cakap saya sukakan kontroversi, sedangkan tidak! Kadang-kadang semua itu di luar jangkaan saya,” tuturnya.

Dia turut sedar terdapat segelintir pihak yang kurang senang, malah mempertikaikan, mengapa cerita mengenainya sering kali menjadi topik berita.

“Wujud segelintir pihak mendakwa saya kerap mengeluarkan kenyataan. Saya faham adakalanya orang ambil (kenyataan) daripada artikel lama atau komen netizen.

“Mungkin ada pihak yang kurang selesa dengan perkara itu, jadi azam saya untuk tahun ini sama seperti artis lain iaitu tidak lagi terpalit kontroversi yang menjatuhkan reputasi sebagai seorang selebriti,” ujarnya lagi.

SANGGUP bersumpah, Bella menafikan dirinya kemaruk kontroversi demi terus mahu menjadi popular di mata ramai.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI