fbpx

EPL: Everton bangkit ‘ikat’ Tottenham Hotspur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Richarlison berjaya meledak dua gol ke atas bekas kelabnya, Everton pada aksi EPL sebentar tadi.

LIVERPOOL – Momentum pasukan Tottenham Hotspur sedikit terjejas selepas seri 2-2 ketika bertemu Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Goodison Park sebentar tadi.

Pada aksi itu, Spurs yang mahu mengukuhkan slot di kedudukan empat teratas liga membariskan pemain terbaik seperti James Maddison, Richarlison dan Timo Werner selaku tonggak di jentera serangan.

Pasukan kendalian Ange Postecoglou itu tidak menunggu lama untuk mendahului saingan hasil percubaan Richarliosn seawal minit keempat.

Tersentak dengan gol tersebut, Everton kembali memperkemaskan gerakan dan mencipta rentetan peluang dalam usaha memburu gol penyamaan.

Jaringan yang dicari akhirnya tiba menerusi jaringan Jack Harrison pada minit ke-30.

Richarlison sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan The Toffees apabila meledak gol kedua peribadi pada minit ke-41 untuk memastikan Spurs mendahului saingan pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dengan Richarlison hampir meledak jaringan hatrik tetapi dinafikan penjaga gol tuan rumah, Jordan Pickford.

Malang menimpa Spurs apabila Everton menyamakan kedudukan pada masa kecederaan hasil jaringan pemain gantian, Jarrad Branthwaite untuk memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata.

Keputusan itu menyaksikan Spurs meraih 44 mata manakala Everton 19 mata selepas mengharungi 23 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI