fbpx

[VIDEO] Persembahan ‘tribute’ untuk Zayn Rayyan buat satu dewan menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar persembahan murid-murid prasekolah SK Damansara Damai 2 pada majlis graduasi semalam.

PETALING JAYA – Murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai (2) membuat persembahan ‘tribute’ (penghormatan) khas untuk arwah Zayn Rayyan pada majlis graduasi semalam.

Persembahan tersebut disajikan dengan tiga buah lagu dan kelihatan gambar kenangan kanak-kanak autistik itu ditayangkan pada skrin televisyen yang dipasang di dalam dewan.

Tetamu yang berada di dewan ketika itu dilihat menangis kerana tidak mampu menahan sedih disaat mengenang kembali peristiwa malang yang menimpa arwah Zayn Rayyan.

Pada masa sama, ibu arwah, Ismanira Abdul Manaf juga menangis teresak-esak sewaktu mendengar nyanyian ikhlas daripada rakan-rakan anaknya.

Terdahulu, Ismanira berkongsi hantaran di Facebook miliknya memaparkan gambar suntingan bersama anaknya yang menyarung jubah graduasi sebagai tanda kenangan.

Dalam perkongsian sama, wanita itu memuat naik gambar trofi kecermelangan arwah anaknya yang menerima Anugerah Peningkatan Terbaik Dalam Kelas Prasekolah Sesi 2023/2024.

“Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai 2 di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam, ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga.

“Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je,” tulisnya.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan disahkan dibunuh susulan penemuan mayatnya di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan siasatan kes tersebut sudah melebihi 90 peratus dari segi konvensional, saintifik dan forensik. – KOSMO! ONLINE

@missnurcahaya_ Persembahan yg membuatkan satu dewan banjir.. 😭 terima kasih ank2 prasekolah.. awk semua mmg terbaikkk 👍👍 untuk mummy zayn kuatkan semangat kami ada untuk puan.. ❤️ #tributetozaynrayyan #zaynrayyan #convocationday #prasekolah #prasekolahkpm #persembahanprasekolah #alfatihahbuatmu ♬ original sound – missnurcahaya_

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI